Search This Blog

Tuesday 28 June 2011

Bukan Ku Pinta.


Nama ku Ahmad Fitri Bin Shukri, aku berasal dari keluarga yang kaya. Hidupku mewah dari dulu lagi,apa yang aku ingin kan pasti akan dapat, tapi bukan itu yang aku ingin kan.Yang aku ingin kan hanyalah kasih sayang dari kedua ibubapaku. Aku mempunyai 5 orang adik beradik, 4 perempuan 1 lelaki. Aku mempunyai sifat lemah lembut dan sopan santun.Tahu-tahu lah kan aku sorang je lelaki dalam keluarga yang lain semua perempuan. Papa aku Dato Shukri Bin Dato Syed amat dikenali.Manakala mama ku Datin fasya Binti Dato Zukifli juga seorang yang amat dikenali.Kakak-kakak aku iaitu Syasya,Shima,Sumairah,Syakira Dan Syamira mempunyai perangai yang berbeza. Kak Sya amat baik dengan aku malah Kak Sya selalu solat dan mengajar aku tentang agama, kakak yang lain pula perangai entah apa-apa suka sangat dengan kemewahan.Apa yang penting kakak-kakak aku semua nih sayangkan aku dan tak pernah buli. Di sekolah,aku selalu kena ejek atas sifat aku yang lembut nih. Aku mempunyai Rakan karib iaitu amin,khai dan fikri, diorang semua nih sama macam aku.
                    Selepas saja aku dan kawan-kawan habis Sekolah Menengah, Aku dan kawan-kawan masuk Universiti. Di sinilah semuanya bermula. Permulaan nya hanya ingin suka-suka memakai pakaian wanita, lama kelamaan dah terbiasa.Nama kitorang yang asalnya Amin jadi Amalin, Khai jadi kiki, Fikri jadi Riri dan aku Fitri jadi Fina.
                   Kitorang suka jadi macam nih sebab keluarga.Kitorang tak pernah dapat layanan dari ibubapa sendiri, apa yang diberi hanya duit kepada kami dan sebab perkara ini lah kami semua jadi macam ni.Sangat pedih hati kami tapi ini lah takdirnya.
                     Semasa di Kantin, Amalin menegur aku "Fina,Jom kuar hang out malam nih nak tak nox ? Aku, Kiki, Riri dah plan dah... Jom lah nox!". Aku menjawab "Yer ker nox... tengok lah dulu nox... coz aku dah janji dengan Daniel nak teman kan dia... Mesti seronok kan nox u all malam nih, pasti havooxxx satu KL...???". "Mesti lah Mama Fina ooiiii... Rugi ko nox tak ikut kitorang Hang Out.Mana tahu malam nih ada anak ikan handsome-handsome...Kalah laki kau nox... Ahahhahahah...." jawab Amalin dengan gelaknya."waahhhhh.... seronok nyer nox... mak pun nak join tapi kau tahu lah laki mak tuh nox... Pantang mak tinggal kan dia, nanti bising nox.Maklum lah nox mak nih kan Ratu yang paling Hot kat Universiti nih... huhuhuhu... Laki ko ada macam nih nox...??? tak ada kan??? hahahahah... Persenda aku kepada Amalin. "Mak tak boleh lawan laki ko nox... x mampppoooo mak.. ahahahah..." Gelak aku dengan  Amalin, Tiba-tiba kawan-kawan aku yang lain datang dengan vogue nya ke arah aku dan Amalin. "Wahhhh... Dua diva sudah datang nox... Berikan tepukan gemuruh kepada Diva-diva Universiti kita... wwhhhoooooo!!!!!" Sakat Aku kepada diorang. "Ko nih kan Mama Fina, Suka sangat sakat kitorangkan...???" kata Kiki. Riri menyampok "Betol tu nox... x apa nox, hari nih hari Fina.Mana tahu hari lain hari kita". "Alah nox... mak minta maaf lah... bukan nya apa, memang betol pun kan nox yang u all nih Diva...???" Tanya aku kepada Kiki Dan Riri. "Memang pun nox... so' nox ko nak tak ikut kitorang hang out malam nih nox...???". "Maybe tak kot because mak ada hal lah... so  sowwwyyyy...." kata aku. Selepas bersembang dengan penuh gelak ketawa, kitorang terus beredar dari kantin dan terus balik ke Rumah sewa mereka dengan menaiki kenderaan Aku.
                    Sampai saja di rumah, semua mengeluh kerana letih berada di universiti.Sejam selepas itu Amalin,Riri dan Kiki bising bersiap untuk keluar lepak malam ini. Aku mendap pangilan dari Daniel "Sayang, abang ada hal lah malam nih.So abang harap ayang tak marah ok..."."alah abang selalu macam nih.. Benci..!" walaupun dalam hati aku sangat gembira kerana dapat mengikut kawan-kawan melepak."Alah ayang, Sorry lah... lain kali ok.. abang janji.. abang ada hal nih.. Bye ayang...?"."Bye..." aku mengakhiri pangilan itu. "Nox... Aku vvoolleeeyyyy ikut korang malam nih...!!!!" semua kawan-kawan aku gembira dan menjerit kerana aku dapat meng-havox kan lagi keadaan.
                     "Okeyyy.. sume diva, kita sudah sampai di Clubing... Whoooo!!!!" jerit aku dan kawan-kawan yang lain. Kami apa lagi terus masuk lah, terus je masuk ada lelaki yang pelawa aku menari bersama.Aku apa lagi terima saja lah tak kan nak tolak kot dah lah handsome.. huhuuhuhuu.... semasa menari aku ternampak Daniel menari dengan orang lain dan Daniel tak perasan akan kehadiran aku di sana.Aku terus menghampiri Daniel dan memberi tamparan " OOoww... Nih rupa nya keje kau ye jantan... Apa kau ingat aku nih patung. Kalau tak ada orang nak layan datang cari aku... so aku nak warrnig kau, Jangan datang cari aku lagi!!!" Daniel terdiam dan Aku menjadi perhatian orang ramai. Amalin dengan yang lain menarik tangan ku keluar dari Clubing itu. "Nyah, ko sabar ye nyah... jangan  layan jantan tak guna tuh.." kata Amalin."nyesal aku nyah, apa yang dia nak sume aku bagi.Tapi ini balasan dia pada aku.". "Sabar nyah... Mungkin ini dugaan kepada kau... bukan dia sorang jantan yang nak kat kau, ada banyak lagi nox. Ko jangan risau dengan rupa cantik ko nih pasti  dapat yang lebih handsome lagi." Kata Kiki kepada ku. Riri hanya terdiam dengan apa yang berlaku kerana Riri juga menyimpan perasaan kepada Daniel.
                         Keesokan paginya, aku tidak ke kelas atas apa yang berlaku pada diriku semalam. Tiba-tiba kawanku datang pada ku "Fina, ko nih okey ker? nak aku tolong hantarkan ke klinik?"."Tak apa lah Riri, terima kasih lah. Aku sedih sangat bagai hati aku dah hancur berkecai!" kata ku. "Sampai bila kau nak jadi macam nih? Kalau kau terus macam nih, nanti aku takut jadi apa-apa pada kau.Menjejaskan kesihatan kau, aku harap sangat kau lupakan si jantan tak guna tuh...".